Custom Search
Baru-baru ini Datuk Sri Najib mengumumkan berkaitan stratergi baru kerajaan di kenali sebagai Samudera Biru. Sebenarnya Samudera Biru bukan satu tajuk baru tetapi merupakan satu tajuk buku yang diedarkan di pasaran dalam tahun 2007 (kalau tak silap). Kawan aku memaklumkan dalam buku tersebut menceritakan kaedah pengurusan terbaru dengan mengabungkan atau meningkatkan kerjasama bagi mencapai objekfif sesuatu organisasi.
Sebenar isu pertindihan tanggungjawab telah diperbincangkan antara kakitangan awam, tapi yerlah kami hanya berbincang di peringkat kedai kopi dan tidak mampu membawanya ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin kerajaan mula perasan bagaimana kos kerajaan dapat dikurangkan dengan bantuan penjatuan tanggungjawab serta penyatuan fungi Jabatan.
Tahukah kita semua ada berrapa kementerian dan berapa Jumlah agensi kerajaan yang ada di bawah setiap kementerian? (periksa disini) . Cuba bayangkan begitu banyak Jabatan dan agensi pasti ada diantara Jabatan tersebut mempunyai fungsi yang sama atau hampir sama.
Sekiranya ada yang sama apasalahya kalau ianya disatukan, contohnya Jabatan Alam Skitar, Jabatan Pembentungan, Jabatan Pengurusan Buangan dan juga agensi kerajaan negeri seperti pihak berkuasa tempatan seakan mempunyai fungsi yang hampir sama.
Unit, agensi dan Jabatan ini semuanya berjalan secara berasingan mempunyai arah tuju yang berbeza serta mempunyai perancangan peruntukan yang berbeza. Sekiranya setiap agensi diberi peruntukan sebanyak RM 1000 bagi menjalankan objektif tersebut sekiranya digabungkan menjadi 1 unit pasti peruntukan tersebut meningkat kepada RM 4000.
Walaubagaimanapun masalahnya ialah mencari kaedah penyusunan dan pelaksanaan. Masalah yang utama aku rasa akan dihadapai adalah bagaimana nak menyatukanya. Adakah kita perlu penstrukturan semula Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi tersebut. Sekiranya secara berasingan bagaimanakah penilaian serta komunikasi antara pegawai berkuatkuasa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan