Jumaat, April 29, 2011




Datuk Anwar benggang dengan wartawan yang mendesak dengan pelbagai soalan semalam 28 Apr 2011.  Em.... tak terjawab wartawan bila beliau mempersoalkan soalan,"....hukum sumpah mana?".... " ...DNA apa?" Tonton yang ini pula

 

Kita jangan komen banyak sangat sebab kita boleh tergulong dalam golongan orang memfitnah saudara atau membawa keburukan keatas saudara sendiri atau lebih  dikenali sebagai mengumpat... fikir sendiri dan simpanlah jangan sekali berbincang... ianya tertulis dan diterang dalam QURAN...





Kita orang yang tidak berilmu ini dan tidak mengetahui pekara sebenar janganlah keterlaluan sehingga mengamuk ataupun bertindak sendirian.  Kita kembali kepada jalan yang benar iaitu ALLAH berdoalah sahaja agar ALLAH menunjukan pekara yang benar dan janganlah mengikut emosi dengan menyebabkan perbalahan antara saudara seagama kita kerana diluar sana terlalu ramai musuh kita , yang munaffik, yahudinya dan kafirnya.

Kalau satu pihak menyata kesalahan keatas satu pihak lain pihak yang tertuduh boleh mengemukakan bukti menentang tuduhan tersebut.  Kalau tiada bulkti... doalah kepada ALLAH tak perlu menggalakan orang lain membuat behana bagi menyelesaikan masalah kita kerana akibatnya orang yang tidak berdosa samada penyokong kita, lawan kita malah yang tidak menyokong mana pihak juga akan mengalami dan merasa kezaliman tersebut...

KALAU INI BERLAKU CUBALAH KITA KIRA BERAPA DOSA KITA KELAK>>> 1?2?3?.....

Demi ALLAH yang bersalah pasti akan mendapat balasan yang setimpal...

Search more info here
Custom Search

Sabtu, April 16, 2011

Satu pagi dihari Pilihanraya DUN Sarawak



 Ini video aku ambil dari you tube menunjukan suasana pilihan raya di Sarawak.  Keadaan di Sarawak lebih baik kalau dibandingkan dengan pilihanraya di Semenanjung.  Kalau di Semenanjung hampir dengan pilihan raya lagi banyaklah pergaduhan yang kita dengar tapi di Sarawak ni cuma ada insiden kecil sahaja.  Tapi buka intu yang hendak aku ceritakan


Hari ni, di pagi semua orang bising nak mengundi di Sarawak ni aku dengan isteri membuat keputusan untuk turun ke pasar awal takut nanti pasar akan ditutp kerana orang keluar mengundi.  Aku keluar pada jam lebih kurang 6.30 pagi.  Sampai di Pasar Hari, Satok terkejut aku tengok dah ramai orang menjaja dan menjual keperluan.

Aku di sapa oleh seorang penjaja, " Abang tak mengundi?"  Aku hanya tersenyum dan memaklumkan pekedai itu aku orang 'Melaya' (perkataan merujuk kepada Semenanjung).  Aku bertanya pula kepadanya, "Kitak sik mengundi?".  Di ajawab dengan panjang lebar.

"Kalau pembangkang menang atau kerajaan menangpun kita tetap sama.  Dia orang yang kaya kita kat bawah ni bergaduh sesama kita.  Siapa pun yang menang masalah kita belum tentu dia orang nak dengar atau nak tolong kecuali masalah itu terkena batang hidung mereka atau keluarga mereka sendiri".

Aku tersenyum mendengar penjelasan pekedai tersebut sekali dengar pekedai ni memang boleh digolong kepada orang yang rugi tapi kalau didengar penjelasanya memang ada benarnya.  Apa tujuan pilihan raya dan pemilihan wakil rakyat yang sebenarnaya?  tapi berapa banyakah masalah rakyat yang didengar atau 'didendangkan di Parlimen'?

Aku tertanya juga kalau wakil rakyat dipilih sepatutnya mewakili rakyat tetapi kenapa masih ada yang bermasalah?  Masih ada orang yang susah tetapi tidak terjaga?



Sememangnya YB yang terpilih tidak mampu untuk mencari dan memeriksa seluruh pelusuk kawasan dan negeri bagi mencari masalah tetapi kenapa tidak ada saluran disediakan untuk mencapaikan pekara tersebut kepada wakil yang terpilih?  Sekiranya ada saluran kenapa pekara tersebut tidak sampai ke telinga atau pena YB?  Pasti ada kesilapan atau kepincangan dalam struktur penyampaian tersebut atau saluran yang sedia ada hanya berminat atas pekara yang menguntung diri sendiri dan bukan orang ramai.

Jadi secara tidak langsung aku bersetuju dengan pandangan pekedai tersebut.  Memang patut beliau berpandangan sedemikian setakat ini kita hanya mendengar cerita di parlimen dan DUN hanya berbincang pekara remeh temeh dan bukan yang penting sangat tentang rakyat.  Kalau tak caya dalam google search cuba tulis Parlimen Malaysia cuba dengar isu yang diutarakan lebihbayak pekara berkaitan kepentingan Politik di bahaskan dan bukan isu kepentingan negara dan rakyat kalau adapun hanya digembar gembur bagi mendatangan keuntungan politik dan individu sahaja.


Search more info here
Custom Search

Sabtu, April 09, 2011

Stratergi Samudera Biru Saranan Najib

Search more info here
Custom Search

Baru-baru ini Datuk Sri Najib mengumumkan berkaitan stratergi baru kerajaan di kenali sebagai Samudera Biru.  Sebenarnya Samudera Biru bukan satu tajuk  baru tetapi merupakan satu tajuk buku yang diedarkan di pasaran dalam tahun 2007 (kalau tak silap).  Kawan aku memaklumkan dalam buku tersebut menceritakan kaedah pengurusan terbaru dengan mengabungkan atau meningkatkan kerjasama bagi mencapai objekfif sesuatu organisasi.


Sebenar isu pertindihan tanggungjawab telah diperbincangkan antara kakitangan awam, tapi yerlah kami hanya berbincang di peringkat kedai kopi dan tidak mampu membawanya ke peringkat yang lebih tinggi.  Mungkin kerajaan mula perasan bagaimana kos kerajaan dapat dikurangkan dengan bantuan penjatuan tanggungjawab serta penyatuan fungi Jabatan.

Tahukah kita semua ada berrapa kementerian dan berapa Jumlah agensi kerajaan yang ada di bawah setiap kementerian? (periksa disini) .  Cuba bayangkan begitu banyak Jabatan dan agensi pasti ada diantara Jabatan tersebut mempunyai fungsi yang sama atau hampir sama.

Sekiranya ada yang sama apasalahya kalau ianya disatukan,  contohnya Jabatan Alam Skitar,  Jabatan Pembentungan, Jabatan Pengurusan Buangan dan juga agensi kerajaan negeri seperti pihak berkuasa tempatan seakan mempunyai fungsi yang hampir sama.

Unit, agensi dan Jabatan ini semuanya berjalan secara berasingan mempunyai arah tuju yang berbeza serta mempunyai perancangan peruntukan yang berbeza.  Sekiranya setiap agensi diberi peruntukan sebanyak RM 1000 bagi menjalankan objektif tersebut sekiranya digabungkan menjadi 1 unit pasti peruntukan tersebut meningkat kepada RM 4000.

Walaubagaimanapun masalahnya ialah mencari  kaedah penyusunan dan pelaksanaan.  Masalah yang utama aku rasa akan dihadapai adalah bagaimana nak menyatukanya.  Adakah kita perlu penstrukturan semula Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi tersebut.  Sekiranya secara berasingan bagaimanakah penilaian serta komunikasi antara pegawai berkuatkuasa?

Khamis, April 07, 2011

Kita Rakyat Malaysia Kurang Sensitif


Hari ini aku terpaksa membawa anak aku ke Klinik Tanah Putih, Kuching, Sarawak kerana dia mengalami sedikit kecederaan. Waduh susah sekalii aku nak dapatkan parking, 2-3 kali aku pusing tak juga aku jumpa last aku park je tepi kilang. Masuk dalam klinik tu fuh yoooo! Ramainyer........ Tapi alhamdullilah layanannya memang TIP TOP aku puas hati walau ada dua tiga orang pelanggan yang komplain pasal parking.
Tapi bukan itu yang hendak aku perkatakan tapi isunya mungkin orang ramai tak berminat dan aku yakin korang pun tak ambil pot. Aku sempat ambil gambar cuba korang 'nangga':




Ada korang nampak kesalahan yang berlaku disini? Pasti japanya tidak kan? Emmm memang iada salah kerana pihak Klinik tersebut mengamalkan konsep 3 R, tapi bukan begini caranya. Ini telah salah, silap dan bahaya. Bekas yang digunakan ini sebenarnya telah di sediakan khas bagi tujuan penyimpanan bahan berbahaya (bio hazards) dan bekas tersebut tidak boleh digunakan semula sehubungan itu bekas ini secara langsung tidak boleh digunakan bagi tujuan 3R.

Perbuatan ini bukan sahaja menjadi kesalahan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia malah aku yakin ianya juga menjadi kesalahan dalam garispanduan pengurusan klinik serta hospital yang juga dikuatkuasakan oleh Kemeterian Kesihatan sendiri.

Walau pun bekas itu belum pernah digunakan lagi ianya juga tidak sesuai kerana ianya membei pendidikan negatif. Sekiranya orang awam apatah lagi kanak-kanak yang melihat pekara ini pasti akan menganggap ianya tidak menjadi sebarang masalah sekiranya mereka terjumpa bahan yang benar-benar berbahaya di dalam bekas yang serupa diamasa atau tempat yang lain. Apakah kesudahanya?
Siapakah yang patut bertanggung jawab?