Selasa, Jun 29, 2010

Tips Untuk Pendatang Baru Sektor Kerajaan

 Selamat datang kepada mereka yang baru memasuki  sektor awam (kerajaan) kalau anda dari swasta ..... jangan harap korang akan mendapat layanan sebagai eksekutif di dalam kerajaan.  Kalau anda 'fresh' hati-hati anda mungkin akan tewas.... Bukan untuk menakutkan anda tetapi ianya akan temuinya sendiri dan bersedialah.  Ada banyak lagi tapi ini adalah antara yang dapat aku catatkan disini.

Istilah yang anda kena biasakan:

Boss - Panggilan kepada ketua anda tak kira apa jua pangkat asal mereka berada di atas jangan lupa guna perkataan tersebut,  bukan untuk bodek tapi dah menjadi tradisi.

Pendapat saya / cadangan saya/ - awas kalau menggunakan perkataan ini kalau boleh jangan memberi idea secara terbuka walau pun idea anda amat baik kerana.... kalau bos terima pun ada orang yang anggap anda nak tunjuk pandai tapi nasib anda  bertambah buruk sekiranya boss anda sendiri beranggapan sedemikian.

Kerja bodoh -  Bersedia untuk menjalankan kerja bodoh yang diluar tugasan sebenar anda (anda akan tahu nanti), Saya yang menurut perintah.

Kerja dan tanggung jawab - Buat kerja lebih baik dari melaksanakan tanggung jawab.

Baik / saya akan buat  - perkataan dah mencukupi setelah diarah tempoh masa .... tak berapa penting dan tak perlu nyatakan bila di arah atau suruh.

Buat dulu baru tanya -  Jangan tanya sebelum buat nanti anda sakit hati tapi buat dulu baru tanya sebab  hati anda memang akan disakiti.

Engkar arahan - Melakukan pekara yang dilarang di dalam GO kalau boss tak lakukan.... terlepas pandang.

Ambil maklum - Kalau boss benda mungkin tidak berjalan... anda, ianya satu arahan.

Kebaikan - "1000 kebaikan lebih kecil dari 1 keburukan"

Pegawai Cemerlang -  Seseorang yang mampu memeberikan komitmen kearah kecemerlangan dan kebaikan kepada Jabatan. bagi boss.... Seorang yang memebri kebaikan kepada 'empunya pejabat'.

Asset Kerajaan - harta benda yang dibeli menggunakan wang kerajaan yang mepunyai nilai... anda hanya liabiliti.

Perasaingan - hanya akan berjaya bila ada seseorang yang jatuh tersungkur.

Kerja berpasukan - Bila sesuatu kejayaan dikecapi atas usaha sama berkumpulan kalau gagal ianya salah .... anda.

Terima kasih - Amat susah dengar  dari mulut boss.. jangan lupa ucapkanya walau pun boss hanya menandatangani surat pengesahan gaji untuk biro angkasa.

Bodoh - Lebih baik kita jadi bodoh atau buat bodoh dari kita diperbodohkan.

Cadangan - Anda pandai anda cadang.... anda buat!  Anda berjaya.... saya dah duga ,  anda gagal ... padan muka

Alasan - Boss lebih suka dengar alasan dari sebab.  (excuses than reasons)

Claim - Satu pembaziran untuk boss ... investment.

Kursus / latihan - Rata-rata membawa maksud 'cuti bergaji'

Pemberontak - Orang yang sering memberi pandangan berbeza dari yang dicadangkan oleh boss

Prestasi - Adalah nombor/ bilangan dan bukan keberkesanan

Pemikiran kreatif - Lu pikiiirrrrlllaaaahhh sendiri.

Jangan Lupa Public Survant maksudnya KULI BOSS  kerana kerajaan di lantik rakyat, boss dilantik kerajaan dan kita bekerja dengan boss dan 'kita bukan rakyat'.  Bila orang mempersoalkan tanggungjawab kita... jawablah saya yang menurut perintah.

Sabtu, Jun 26, 2010

Cikgu Ponteng Sekolah

Isu di dalam berita utama malam ini 26 Jun 2010 mengejutkpatah lagi ianya mellibatkan guru sekolah.  Tapi adakah pekera ini betul berlaku? tetapi kenapa yang diwar-warkan di media tersebutnya hanya di Sarawak?  Negeri lain semua cikgunya baik-baik ke?

Aku pernah menyalurkan pandangan terhadap kepercayaan Kerajaan kepada 'anak emas' bidang keberhasilan negara ini.  Sikap kerajaan yang lebih memanjakan cabang pendidikan boleh menyean ap memanjakan dan tidak lagi membolehkan cikgu itu berdaya saing dan boleh membawa kesan negatif.  Cikgu bukanlagi memikirkan tanggung jawab sebaliknya 'hasil' yang lumayan.

Ramai guru dan banyak cerita yang aku dengar diluar sana (mungkin tidak diketahui kerajaan) yang mempunyai perniagaan.  Dari mana modal? emmm 'back dated' (penyelarasan gaji yanruru ini di nikmati ole guru menjangkau sehingga puluhan ribu.  Ada yang menerima sehingga RM 40,000.00.  Rata-rata dengan hasil sebegini cikgu boleh berbangga dan meperbesarkan harta, rumah kereta serta perniagaan.

Khamis, Jun 24, 2010

Global Warming dan Politik

Negara Malysia telah meula melangkah ke era Negara maju tetapi yang agak mengecewakan  adalah pemikiran kita masih kurang maju.  Akku terbaca isu berkaitan global warming di internet mengenai perjumpaan wakil negara seluruh dunia berhimpun di Conphenhegen bagi memperbincangkan hala tuju persidangan Kyoto.

Ianya telah di hadiri Ngara besar seperti US, India, China, Jepun dan banyak lagi.  Seperti yang diketahui Amerika tidak pernah menandatangani persetujuan dalam pekaraini, sekali telah menggagalkan persidangan tersebut.  Tidak seperti Nagara Jepun mereka talah membuktikan kejayaan mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau kepada 10% seperti yang diwar-warkan.  Kalau kedua negara itu telah kita ketahui akan komitmennya bagaimana pula dengan Negara Kita?

Yang peliknya kajian dan pendapat ahli sains dalam pembentangan tersebut juga terdiri dari kalangan orang barat dan cendikiawan Negara mereka senndiri kenapa mereka tidak mahu melakukan sebarang perubahan.  Berbanding dengan negara Jepun kerajaan nya lebih komited dan hasilnya sungguh memberangsangkan.
Health (1-year)
Adakah kita negara yang sedang membangun hanya perlu melihat dan mendengar sahaja atau kita perlu mengambil tindakan? Adakah kita perlu menunding kesalah kepada negara lain apa bila isu penebangan hutan dan pembakaran hutan?  Pada siapakah yang harus kita persoal sekiranya berlaku bencana seperti banjir, tanah runtuh kemarau panjang, puting beliung? samada kita perlu persoaal Jabatan Alakitar? atau Jabatan Hutan?, Jabatan Saliran?  Dimanakah letaknya tanggung jawab dalam memastikan ini semua dapat dikawal?

Rabu, Jun 23, 2010

Pengurus Data Dalam Kerajaan

Pengurusan data dalam Jabatan Kerajaan Masih teruk. Aku sedar ini sejak aku menghadiri intiview untuk Jawatan yang aku sandang sekarang. Pertama sekali soalan pegawai tang intiview aku tu tanya "pernah mohon kerja dengan Kerajaan?" aku jawab pernah dan dia tanya lagi dapat tak? aku jawab dapat tapi tak mahu masuk sebab aku kena sambung latihan 2 tahun sebelum bekerja. Aku kata lagi mak bapak aku tak mampu lagi dan aku kena membayar hutang pinjaman pendidikan aku. Terus dia kata aku tidak layak untuk memohon jawatan Kerajaan kerana aku pernah tolak tawaran terdahulu.

Dengar je mcm tu aku terus bangun dan nak keluar lalu penemuduga menahan aku dan tanya nak kemana. Dengan marah bengang dan sakit hati aku teruslah sound masa tu aku tak kira dah siapa depan aku

".. Tak ke kerja bodoh memanggil saya interview, En. tahu dr mana saya datang? saya bertolak semalam naik keretapi sampai KL lebih kurang 12 jam. Tak sempat mandi pun terus datang temuduga ni saya habis $30 untuk baju $50 untuk seluar dan tambang saya RM 100. Untuk apa saya datang? untuk mendengar  tuan kata tak layak untuk memohon kerja Kerajaan.

This Problem may occur to us too

I read this aticle yesterday... DDT and PCB already known as major pollutant last 20 years ago and listed as banned material sience. Those chemical have special stability criteria which can be accumulating effact in our body if consumed. In certain concentration can cause cancer or other complication.


DDT usually used in pasticide and soap although the used already banned but study did also found those substance in recent product which been introduce in line of disposing the existing material. Our government policies to promote agriculture as main industry might be resulted this pollution if we are not pay any attention on the product imported from elseway.

Selasa, Jun 22, 2010

Jangan Guna Pangilan Bos

Baru ini Jabatan aku menghantar arahan kepada setiap Pegawai melarang menggunakan panggilan 'BOSS' berikutan satu artikel dalam akhbar.  Artikel tersebut menyebut panggilan tersebut tidak menunjukkan keikhlasan dan lebih kepada mengutuk atau'perli'.  Pandangan aku tidak sedemikian.  Setiap kali aku memanggil ketua aku dengan istilah tersebut tiada nilai pnghinaan tetapi lebih kepada keterbiasaan dan mengikut keadaan persekitaran.

Selama ini tiada sebarang halangan dari Bos-Bos semasa panggilan tersebut dibuat, dengan itu tiada sebarang bantahan.  Walau bagaimana di dalam istilah Pengurusan moden "BOSS' memang tidak sesuai kerana ia mengambarkan  kuasa mutlak da dalam organisasi tiada sebenarnya tiada kuasa mutlak... Jadi sebenarnya  panggilan yang sesuai adalah Encik sahaja....

Tapi terpulanglah pada individu tersebut..bagi aku, aku tak suka org pang aku bos... tajut-takut aku nanti lupa diri

Isu Subsidi

Last night siaran TV1 aku tonton (lupalak programe apa?) mengupas isu subsidi.  Ahli panel agak kuat semua pakar ekonomi yang berpangkat professor (ada yang berkhidmat di Harvard pun).  Aku hanya tonton separuhje sebab separuh lagi aku habiskan pada bola.  Pada kupasan peringkat awal yang menarik minat aku  berkaitan bankrap dan nilai 70 billion tu..

(Pening gak nak nulis angka Billion ni...) Emm Fisrt diperkatakan amount 70 bullion tu tak tepat.... Aku komen ini bukan berkaitan amount tu, cuma persoalan aku kenapa tak tepat dan apa akan terjadi kalau amaun itu tidak tepat.

This issue is always happen in government,  data tidak lengkap dan tidak tepat.  Dalam kerajaan (jabatan akulah) data kelihatannya menjadi perkara ke2 atau ketiga penting dalam Keberhasilan Jabatan.  Kenapa boleh berlaku sebegini? Bagaimanakah sesuatu organisasi tersebut dapat merancang sesuatu  objektif sekiranya data dan maklumat yang diperolehi atau diproses tidak betul atau tidak tepat.  Dengan ketiadaan data boleh digunapakai hala tuju pasti pasti akan melencong dari landasan yang betul.  Aku pernah maklumkan kepada BOSS aku bila aku lihat data di kumpul kurang memuaskan.. dia hanya jawab buat ajelah nak tukar nanti kerja kita banyak ...tak terbuat....


Aku dilatih dalam bidang 'research' walau sekarang bertugas dalam bidang perundangan tapi aku masih mengguna pakai  intipati dalam pengetahuan aku itu.  Sesuatu kajian hanya akan membuahkan hasil dengan satu perancangan yang menyeluruh dan berperingkat antaranya menetapkankan objektif, menkaji data luaran yang sedia ada, mencari kaedah yang berkesan, melaksana, pengumpulan data dan akhir sekali rumusan. 
Tapi aku percaya dalam bidang pengurusan juga langkahnya hampir sama dan mungkin lebih detail.  Sekiranya kita melompat pastinya akan pincang atau 'terkehel' hasilnya kita pasti'terhencut-hencut'.  ini membuktikan Isu yang aku bangkitkan terdahulu berkaitan DATA.  Bagaimana kesilapan seperti ini boleh berlaku?  Sekiranya ini benar yang pastinya perancangan akan pasti kucar kacir dan tidak tentu arah.

Apa yang nak dikatakan lagi... Kita hanya yang menurut perintah.. nak tegur tak boleh kalau kita rasa tak betul pun buat ajelah akhirnya kita jadi org, yang makan gaji buta.. tapi itu bukan salah kita.. mungkin salah sistem itu sendiri..

Selasa, Jun 15, 2010

Melawan Kanser

Semasa aku belajar dulu di katakan penyakit yang berbahaya adalah Kanser dan kemudian AIDs , VD dan seterusnya lah.  Hampir kesemuanya tiada ubat yang spesifik kerana mungkin ianya masih belum ditemui.  Tetapi semasa aku belajar juga dikatakan sel kanser sebenarnya ada pada setiap badan manusia tetapi bergantung kepada sistem badan sekiranya berlaku perubahan pada sistem badan sel tersebut akan menyerang dan menyebabkan kesan kanser yang mudaratkan.  Antara sebabnya adalah kehadiran bahan asing atau sebagainya (pencemaran atau kimia). 

Bagi melawan penyakit sebenarnya adalah sistem badan kita sendiri dan bukan ubat.  Ubatan adalah satu bahan kimia yang meragsang daya tahan badan atau menekan sesuatu sebab kepada penyakit.  Penyelidikan demi penyelidikan di lakukan bagi mengubati penyakit berbahaya seperti ini  masih kurang berhasil tetapi  pada masa yang sama kjian terhadap bahan semulajadi bagi mengawal serta mengurangkan tekanan serta kesan kepada penyakit telah dijalankan secara meluas dan menunjukkan kesan positif.

Banyak herba yang telah terbukti dan telah digunakan sebagai suppliments bagi mengawal penyakit seperti kanser dan HIV tapi di sini aku nak perkenalkan satu produk yang boleh memberi kesan berkali-kali ganda dari herba yang anda mungkin pernah kenal.