Baru ini Jabatan aku menghantar arahan kepada setiap Pegawai melarang menggunakan panggilan 'BOSS' berikutan satu artikel dalam akhbar. Artikel tersebut menyebut panggilan tersebut tidak menunjukkan keikhlasan dan lebih kepada mengutuk atau'perli'. Pandangan aku tidak sedemikian. Setiap kali aku memanggil ketua aku dengan istilah tersebut tiada nilai pnghinaan tetapi lebih kepada keterbiasaan dan mengikut keadaan persekitaran.
Selama ini tiada sebarang halangan dari Bos-Bos semasa panggilan tersebut dibuat, dengan itu tiada sebarang bantahan. Walau bagaimana di dalam istilah Pengurusan moden "BOSS' memang tidak sesuai kerana ia mengambarkan kuasa mutlak da dalam organisasi tiada sebenarnya tiada kuasa mutlak... Jadi sebenarnya panggilan yang sesuai adalah Encik sahaja....
Tapi terpulanglah pada individu tersebut..bagi aku, aku tak suka org pang aku bos... tajut-takut aku nanti lupa diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan