Selasa, Jun 29, 2010

Tips Untuk Pendatang Baru Sektor Kerajaan

 Selamat datang kepada mereka yang baru memasuki  sektor awam (kerajaan) kalau anda dari swasta ..... jangan harap korang akan mendapat layanan sebagai eksekutif di dalam kerajaan.  Kalau anda 'fresh' hati-hati anda mungkin akan tewas.... Bukan untuk menakutkan anda tetapi ianya akan temuinya sendiri dan bersedialah.  Ada banyak lagi tapi ini adalah antara yang dapat aku catatkan disini.

Istilah yang anda kena biasakan:

Boss - Panggilan kepada ketua anda tak kira apa jua pangkat asal mereka berada di atas jangan lupa guna perkataan tersebut,  bukan untuk bodek tapi dah menjadi tradisi.

Pendapat saya / cadangan saya/ - awas kalau menggunakan perkataan ini kalau boleh jangan memberi idea secara terbuka walau pun idea anda amat baik kerana.... kalau bos terima pun ada orang yang anggap anda nak tunjuk pandai tapi nasib anda  bertambah buruk sekiranya boss anda sendiri beranggapan sedemikian.

Kerja bodoh -  Bersedia untuk menjalankan kerja bodoh yang diluar tugasan sebenar anda (anda akan tahu nanti), Saya yang menurut perintah.

Kerja dan tanggung jawab - Buat kerja lebih baik dari melaksanakan tanggung jawab.

Baik / saya akan buat  - perkataan dah mencukupi setelah diarah tempoh masa .... tak berapa penting dan tak perlu nyatakan bila di arah atau suruh.

Buat dulu baru tanya -  Jangan tanya sebelum buat nanti anda sakit hati tapi buat dulu baru tanya sebab  hati anda memang akan disakiti.

Engkar arahan - Melakukan pekara yang dilarang di dalam GO kalau boss tak lakukan.... terlepas pandang.

Ambil maklum - Kalau boss benda mungkin tidak berjalan... anda, ianya satu arahan.

Kebaikan - "1000 kebaikan lebih kecil dari 1 keburukan"

Pegawai Cemerlang -  Seseorang yang mampu memeberikan komitmen kearah kecemerlangan dan kebaikan kepada Jabatan. bagi boss.... Seorang yang memebri kebaikan kepada 'empunya pejabat'.

Asset Kerajaan - harta benda yang dibeli menggunakan wang kerajaan yang mepunyai nilai... anda hanya liabiliti.

Perasaingan - hanya akan berjaya bila ada seseorang yang jatuh tersungkur.

Kerja berpasukan - Bila sesuatu kejayaan dikecapi atas usaha sama berkumpulan kalau gagal ianya salah .... anda.

Terima kasih - Amat susah dengar  dari mulut boss.. jangan lupa ucapkanya walau pun boss hanya menandatangani surat pengesahan gaji untuk biro angkasa.

Bodoh - Lebih baik kita jadi bodoh atau buat bodoh dari kita diperbodohkan.

Cadangan - Anda pandai anda cadang.... anda buat!  Anda berjaya.... saya dah duga ,  anda gagal ... padan muka

Alasan - Boss lebih suka dengar alasan dari sebab.  (excuses than reasons)

Claim - Satu pembaziran untuk boss ... investment.

Kursus / latihan - Rata-rata membawa maksud 'cuti bergaji'

Pemberontak - Orang yang sering memberi pandangan berbeza dari yang dicadangkan oleh boss

Prestasi - Adalah nombor/ bilangan dan bukan keberkesanan

Pemikiran kreatif - Lu pikiiirrrrlllaaaahhh sendiri.

Jangan Lupa Public Survant maksudnya KULI BOSS  kerana kerajaan di lantik rakyat, boss dilantik kerajaan dan kita bekerja dengan boss dan 'kita bukan rakyat'.  Bila orang mempersoalkan tanggungjawab kita... jawablah saya yang menurut perintah.

Tiada ulasan: