Pengurusan data dalam Jabatan Kerajaan Masih teruk. Aku sedar ini sejak aku menghadiri intiview untuk Jawatan yang aku sandang sekarang. Pertama sekali soalan pegawai tang intiview aku tu tanya "pernah mohon kerja dengan Kerajaan?" aku jawab pernah dan dia tanya lagi dapat tak? aku jawab dapat tapi tak mahu masuk sebab aku kena sambung latihan 2 tahun sebelum bekerja. Aku kata lagi mak bapak aku tak mampu lagi dan aku kena membayar hutang pinjaman pendidikan aku. Terus dia kata aku tidak layak untuk memohon jawatan Kerajaan kerana aku pernah tolak tawaran terdahulu.
Dengar je mcm tu aku terus bangun dan nak keluar lalu penemuduga menahan aku dan tanya nak kemana. Dengan marah bengang dan sakit hati aku teruslah sound masa tu aku tak kira dah siapa depan aku
".. Tak ke kerja bodoh memanggil saya interview, En. tahu dr mana saya datang? saya bertolak semalam naik keretapi sampai KL lebih kurang 12 jam. Tak sempat mandi pun terus datang temuduga ni saya habis $30 untuk baju $50 untuk seluar dan tambang saya RM 100. Untuk apa saya datang? untuk mendengar tuan kata tak layak untuk memohon kerja Kerajaan.
Apa guna sistem yang tuan develope konon ada database . Setiap pemohon kena mengisi borang komputer untuk diisi maklumat bunyi macam canggih sangat tapi tak berguna. Ini membazir duit rakyat. kenapa kalau dah ada sistem komputer tak disaring dulu yang layak atau tidak? kenapa panggil saya temuduga sejauh ini kemudian kata saya tidak layak? kalau dah ada sistem maksudnya tuan dah boleh tengok samada saya layak atau tidak..."
Pandai gak dia pujuk aku untuk terus "bersembang" aku rasa masa tu macam nak baling je kerusi aku duduk tu tapi akhirnya aku di tawarkan juga Jawatan tu hah... aku tak sangka langsung.
Bila aku masuk Jabatan aku nampak sistem database Jabatan aku memang teruk sekali kucar kacir. Setiap pegawai ada data base sendiri dan setiap seorang berbeza-beza. Walau pada masa tu dah ada preisian yang sistematik untuk diaplikasikan tapi semua enggan menggunakanya kerana kena buat kerta 2-3 kali. Masuk data boleh tapi nak daatkan data yang disimpan punyalah masalah.
Kemudian Jabatan menghasilkan satu sistem bersepadu canggih kata di bangunkan sampai bernilai berjuta ringgit. Wah dengan bangga diishtiharkan sebagai tercanggih... tapi bila nak diguna bermacam macam masalah timbul tak salah aku masa tu tahu 1999 dan perlu di perbaiki. Jutaan ringgit lagi dibelanjakan untuk memperbaiki sistem yang dulu terhasil ... sedikit sahaja dan bagi aku masih tidak memabawa sebarang faedah.
Bagi aku Data base adalah satu sistem yang digunakan bagi memudahkan kemasukan data dan memproses data. Kalau salah satu tidak berkesan ianya bukanlah satu data base yang berfungsi dengan baik.
Dalam tahun 2002 seorang kawan aku perkenalkan sistem access microsoft, dia ajar aku membuat design data base dan kemudian aku design walau tak secanggih dan tidak bernilai jutaan ringgit tapi ianya masih boleh dipakai. kerana dia boleh memudahkan proses kemasukkan data dan pemprosesan data. Kekadang kita terlalu nak menunjuk dan ingin berbangga dengan perbelanjaan yang bernilai besar tapi sebenarnya sistem yang murah lebih mudah dan berkesan. Aku rasa pokok pangkalnya adalah OBJEKTIF si pembuat.
Kalau kita suruh tukang kayu membuat kek hasilnya masih kek cuma persoalannya boleh makan atau tidak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan