Selasa, Jun 22, 2010

Isu Subsidi

Last night siaran TV1 aku tonton (lupalak programe apa?) mengupas isu subsidi.  Ahli panel agak kuat semua pakar ekonomi yang berpangkat professor (ada yang berkhidmat di Harvard pun).  Aku hanya tonton separuhje sebab separuh lagi aku habiskan pada bola.  Pada kupasan peringkat awal yang menarik minat aku  berkaitan bankrap dan nilai 70 billion tu..

(Pening gak nak nulis angka Billion ni...) Emm Fisrt diperkatakan amount 70 bullion tu tak tepat.... Aku komen ini bukan berkaitan amount tu, cuma persoalan aku kenapa tak tepat dan apa akan terjadi kalau amaun itu tidak tepat.

This issue is always happen in government,  data tidak lengkap dan tidak tepat.  Dalam kerajaan (jabatan akulah) data kelihatannya menjadi perkara ke2 atau ketiga penting dalam Keberhasilan Jabatan.  Kenapa boleh berlaku sebegini? Bagaimanakah sesuatu organisasi tersebut dapat merancang sesuatu  objektif sekiranya data dan maklumat yang diperolehi atau diproses tidak betul atau tidak tepat.  Dengan ketiadaan data boleh digunapakai hala tuju pasti pasti akan melencong dari landasan yang betul.  Aku pernah maklumkan kepada BOSS aku bila aku lihat data di kumpul kurang memuaskan.. dia hanya jawab buat ajelah nak tukar nanti kerja kita banyak ...tak terbuat....


Aku dilatih dalam bidang 'research' walau sekarang bertugas dalam bidang perundangan tapi aku masih mengguna pakai  intipati dalam pengetahuan aku itu.  Sesuatu kajian hanya akan membuahkan hasil dengan satu perancangan yang menyeluruh dan berperingkat antaranya menetapkankan objektif, menkaji data luaran yang sedia ada, mencari kaedah yang berkesan, melaksana, pengumpulan data dan akhir sekali rumusan. 
Tapi aku percaya dalam bidang pengurusan juga langkahnya hampir sama dan mungkin lebih detail.  Sekiranya kita melompat pastinya akan pincang atau 'terkehel' hasilnya kita pasti'terhencut-hencut'.  ini membuktikan Isu yang aku bangkitkan terdahulu berkaitan DATA.  Bagaimana kesilapan seperti ini boleh berlaku?  Sekiranya ini benar yang pastinya perancangan akan pasti kucar kacir dan tidak tentu arah.

Apa yang nak dikatakan lagi... Kita hanya yang menurut perintah.. nak tegur tak boleh kalau kita rasa tak betul pun buat ajelah akhirnya kita jadi org, yang makan gaji buta.. tapi itu bukan salah kita.. mungkin salah sistem itu sendiri..

Tiada ulasan: