Sabtu, Ogos 15, 2009

APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA NI

Dulu Jabatan yang paling di hormati tercabar dan di kutuk lepastu Jabatan Polis mendapat tamparan hebat tidak kurang juga Jabatan lain termasuk Jabatan tempat aku bertugas dan baru-baru ini SPRM pulak menjadi sasaran. Apakah puncanya sebenarnya, adakah ini berpunca dari polisi kerajaan terdahulu yang hendak sangat ketelusan?

Aku tidak suka nak komen segi politik tapi beberapa soalan yang ingin aku ajukan sebelum kamu bersemangat untuk menyalahkan mana-mana Jabatan atau Kerajaan. Kita kena dalu berfikiran terbuka untuk mengupas pekara ini. jangan terpengaruh dengan kata-kata orang kerana apapun keputusan kita sepatutnya dari diri kita bukan dari orang luar.

1) Kenapa pekara sebegini hanya timbul apabila ia berkaitan dengan siasatan yang melibatkan orang politik? Apatah lagi yang melibatkan pembangkang? Yang kes di terengganu tu tak pula di bisingkan?

2) Kenapa bila kes ahli politik tak boleh di tangkap? sedangkan kes melibatkan polis serta kakitangan kerajaan yang hanya melibatkan 10 sen 20 sen terus di humban ke dalam lokap walau belum ada bukti kuat? Tak de lak PKR/DAP/PAS mengamuk? Kenapa perlu takut kalau tak bersalah?

3) Kenapa satu kes salah guna kuasa tapi di kait kes bunuh Altantuya? pelik gak kalau kerajaan berkuasa sehingga begitu lebih baik dia arahkan bunuh semua musuh politik dia yang banyak mulut. Kenapa dia suruh orang bunuh pegawai yang tiada 'nilai'?

4) Kalau semua perbuatan kakitangan tak betul siapa yang betul? Dia ingat semua kakitangan awam tu masuk pati kerajaan ke? tak de kakitangan awam yang pangkah pembangkang ke? Kalau kakitangan awam tu tak jalankan tugas apa pula yang dia orang ni kata? Bukankah mereka ahli parlimen dan mereka jugalah yang mendengar pembentangan undang undang dan merekalah antara orang yang menjadi tulang belakang melulus sesuatu undang-undang.

Kalau terusan sebegini teruklah negara, jangan politikan tugas kakitangan kerajaan. Politik tumpukanlah pada tugas politik biar kami jalankan tugas kami. Kalau asyik dipolitikkan susahlah kakitangan hendak menjalankan tugas. Yang becakap tu usemuanya bijak pandai dan berlatarbelakangkan undang-undang tapi bila bercakap macam orang tak reti apa satu.

Agak-agaknyalah kalau mereka semua ni memerintah, mereka akan berhentikan semua kakitangan sebab yang ada sekarang semua tak betul semua tak reti buat kerja. Kalau semua pegawai tu buat tak betul pastilah MALAYSIA ni dah jadi tunggang langang. Aku tengok taklah teruk sangat cuma masalah utama benda tu telibat dengan politik. Kalau dah semua salah habis nak jadi apa ngan MALAYSIA ni?

Tiada ulasan: