Ahad, Ogos 09, 2009

Keutamaan Yang Tidak Seimbang

Aku terima pekeliling kerajaan berkaitan pemberian kmudahan alat komunikasi yang keluarkan oleh kerajaan. Anatara lain kerajaan telah bersetuju untuk memberi kemudahan pembelian alat komunikasi serta pembayarab bil kemudahan tersebut kepada pegawai kerajaan. Tahniah kerana kerajaan telah menyedari akan keperluan tersebut. 10 tahun lalu aku pernah mencadangkan kepada pengarah aku di Penang untuk membekalkan alat komunikasi (pada masa itu CLIE) bagi tujuan memudahkan kerja dilapangan dan mengurangkan masa bertindak dan laporan tetpi Jabatan tidak ada kewangan - alasannya

6 Tahun lalu setelah sistem MMS dan GPRS di perkenallkan di Malaysia aku sekali cadangakan kepada Jabatan untuk memberi sedikit peruntukkan pegawai bagi memudahkan merreka melanggan sistem tersebut agar mudah pegawai dilapangan menyalur maklumat kepada ptasan semasa menjalankan siasatan. Cadangn aku tidak di endahan sebab pengarah tidak tahu keujudan pekara tersebut lalu aku gunakan kaedah untuk menghantarkan gambar lawatan kepada beliau menggunakan GPRS dan MMS- alasannya tiaa peruntukan peraturan.

Beberapa pekeliling perbendaharaan dikeluarkab berkaitan perkara ini seperti
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2009
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2009 - Peraturan Mengenai Kemudahan
Alat Komunikasi Mudah Alih

Peraturan pemberian alat komunikasi

Dengan arahan ini aku rasa kerajaan telah melangkah kearah sedikit kemajuan walaupun SEDIKIT LAMBAT ini patut di ucapkan tahniah. Tapi telah aku baca dengan teliti akusedar rupanya pekeliling tersebut hanya untuk pegawai peringkat profesional. Hah satu lagi pemberian yang tidak membawa apa-apa keuntungan. Persoalan aku kenapa pgapangkat sedemikian perlu diberi kemudahan pembilan HP dan langganan sevice telekomunikasi.

Bukankah pegawai sedemikian sentiasa berada dipejabat? Siapakah yang sentiasa berada di lapangan? Siapakah yang perlu menggunakan sistem komunikasi untuk menghubungi sesorang? Siapakah yang perlu menyalurkan maklumat dalam keadan segera? Bukankah pejabat pegawai lebih mudah menghubungi atau dihubungi menggunakan alat komunikasi sedia ada spt talepon dan komputer?

Aku bukan berdengki tetapi aku rasa ianya tidak mencapai kepada matlamat sebenar pekelililng. Sebenarnya peralatan telah boleh diperolehi oleh semua kaitangan terutama yang berpendapatan tinggi tapi kenapa perlu diberi kemudahan kepada mereka yang kurang memerlukan
?

Tiada ulasan: