Ahad, Ogos 02, 2009

Tunjuk Perasaan Jalanan

Mungkin ada sesuatu yang kita tidak suka dengan sistem pentadbiran kerajaan sekarang dulu atau akan datang tapi, aku juga merasakan ada sesuatu yang perlu di perbaiki dalam sistem tersebut. Aku memilih dengan cara ini untuk menceritakan apayang aku rasakan walaupun aku tahu cara ini mungkin kurang berkesan kerana kerajaan tidak akan melihat Blog ini, sekurang-kurangnya dengan cara ini aku tidak akan menyusah kan sesiapa atau merosakkan nama baik akku sertara aku

Yang menjadi masalah dan tidak disukai mungkin 'satu' atau 'seorang' tetapi kenapa balasanya dter atau dibalas kepada semua. Apakah kita merasakan kita lebih berkuasa dari yang ESA sehingga ingin membalasnya dengan menghukum manusia yang lain. Jangan jadi MELAYU BODOH yang menurut perintah tanpa berfikir baik buruknya. Aku bukan alim ulama yang boleh mengeluarkan fatwa, tapi aku pegang pada satu hadith rasulullaha (saw)... "TIDAK AKAN BAU SYURGA SESEORANG ITU YANG MEMPUNYAI WALAU SEBESAR BIJI SAWI AKAN SIFAT TAKABUR".. wallahualam apa pengajarannya kalau kamu warak sekalipun kalau takabur dan bongkak ada dalam hati ... nahuzubillah fikirlah kan...

Merasakan diri terlalu besar , taksub dan bangga diri adalah berlawanan dengan sikap yang dituntut oleh islam dan ALLAH.
Bila dah buat salah dengan membuat rusuhan kemudian dibalas dengan tindakan setimpal kamu salahkan kembali pihak berwajib... adakah ini maksud perjuangan. Aku katakan bodoh orang yang amat bodoh berjuang tanpa tujuanyang merancang bebas makan minum dan sedap menghirup udara segar korang merengkok dalam penjara tanpa tujuan. Kemudian hebahkan anggota keselamatan bertindak kasar apa kejadah nak tunjuk simpati pada pengikut yang disumbat kedalam... aku nak tanya kenapa dia galakkan benda buruk tersebut dilakukan? kenapa mereka tidak bersama dalam rusuhan? kenapa mereka tidak berada dalam penjara? dah kamu buat salah terimalah habuannya ...

Tak kiralah siapa yang memerintah samada pas, umno, mic, dap.. polis tetap akan ada dan undang-undang tetap ada dan tindakan sama akan diambil sekiranya berlaku kenapa mesti menyalahkan orang yang menjalankan tanggung jawab. Mereka telah dibayar upah menjalankan tanggungjawab dari duit cukai yang dikutip dari kita. Kalu mereka tidak melakukan pasti adayang persoalkan makan gaji buta lebih teruk lagi akan dipersoal diakirat nanti. Yang ada dalah JAIL tu ingatlah yer ..surah al baqarah yang bermaksud.
"...aku turunkan bala bencana atas perbuatan manusia itu sendiri agar dia insaf..."

Wahai orang melayu dan orang Malaysia sedarlah berpuluh tahun kita hidup aman.. jangan ketidak samaan fahaman politk kita jadikan medan peperangan sehingga kita tidak sedar pemusuhan kita tidak menguntungkan kita sendiri sebaliknya individu. Politik bukan dijalan-jalan raya di tempat awam... politik ada tempat perjuangannya

BODOH sangat BODOH.. konon berjuang ryat.. tapi merosakkan rakyat.
Bodoh sangat Bodoh.. Baling batu sembunyi tangan
Bodoh memang bodoh.. berjuang untuk mengubah perlembagaan tapi bukan diparlimen

TAPI YANG PALING BODOH YANG MENGIKUT DIBELAKANG TAPI TAK TAHU APA PADAHNYA DIBELAKANG HARI... YANG TAK TAHU APA AGENDA TERSEMBUNYI .. DAN YANG TIDAK TAHU APA KEGUNAANYA...

PELAJARILAH SEJARAH...

NAK JADI JEBAT atau NAK JADI TUAH?
Dua dua nama besar terkenal hingga kini.
Satu memperjuangkan nasib sahabat kerana kecewa dianaiya dan seorang berjuang kerana taat.

Kedua-duanya hilang dari dunia tetapi yang malaun dan perosak bangsa masih bermaharajalela...

Tiada ulasan: