Selasa, Ogos 11, 2009

Kita Kerja Kenapa?

Pelik tak bagi korang dalam sektor awam.... Penggunaan perkataan BOSS masih berleluasa. Kaedah pengurusan moden telah di bukukan sejak pemulaan abad ke 21 ini bermakna dah lebih 100 tahun tapi kita masih menggunakan kaedah pengurusan kuno

BOSS always.... "betul" hahahah.. berapa betul is betul if you is the boss dont forget u also human being dan sifat manusia tidak pernah sempurna..

cuba korang kira beban kerja ini:

Pejabat aku masa tu ada 18 pegawai
Pejabat juga mempunyai 3 buah kenderaan bagi tujuan tugas Jabatan yang terpaksa dikongsikan kepada 18 orang pegawai sama rata
Bagi menjalankan satu tugas rasmi kamu memerlukan masa lebih kurang 3 jam
Perjalanan yang pelu dari satu tugasan ke tugasan yang lain adalah minimum 1 jam
Berapakah bilangan tugasan yang mampu dibuat oleh seorang pegawai dalam masa 1 Bulan? (masa tu kerja 6 hari seminggu)

Aku buat kiraan Optimum out put seorang pegawai dgn faciliti yang ada adalah 13 tugasan sebulan. Aku maklumkan kepada BOSS dengan pengiraan kasar
Tapi boss kata 50 tugasan. Katanya kalau seorang hanya mampu membuat 13 tugasan bermakna dia hanya kerja 5 hari sebulan beliau persoalkan yang selebihnya buat apa?

Aku jawab "buat tak tau" HAHAHHAHAHA! aku kata optimum out put adalah 13 tetapi kemampuan mungkin lebih. Kalu mau lebih... pejabat patut mecari alternatif lain dengan menambah faciliti dan tidak adil bagi pegawai di berikan load yang tinggi tetapi kemudahan tidak cukup. Mungkin dia merasakan aku telah berlagak pandai akhirnya aku dapat markah prestasi 63-73 hujung tahun selama 4 tahun berturut-turut. Di Mysia ak rasa aku seorang sahaja mendapat anugerah sedemikian rupa.. HAHAHHA.

Tapi aku Percaya pada satu perpatah yang ayah aku sering bisikkan pada aku.KITA DIBAYAR GAJI BUKAN UNTUK BEKERJA. TAPI KITA DIBAYAR ATAS TANGGUNG JAWAB YANG DIBERIKAN KEPADA KITA. KALU KITA AMANAH TANGGUNG JAWAB AKAN SENDIRINYA MEMBUAT KITA BEKERJA jadi aku terus bertugas untuk melaksanakan tanggungjawab aku setakat aku mampu sebab aku bukan bekerja dengan ORG bergelar BOSS tetapi dengan kerajaan. Kalu dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya bagaimana aku nak mengikut arahannya...

Tiada ulasan: