Khamis, Ogos 27, 2009

Pemberian Wang Subsidi

Minggu lepas aku menghadiri satu Seminar berkaiatan penggunaan tenaga dan disitu aku terkejut kerana berlaku sedikit petengkaran antara penceramah dan peserta. Isunya bila di katakan kemungkinan kerajaan perlu menarik balik pemberian subsidi minyak. Mungkin kerana khuatir tentang kuasa pembelian dan inflasi peserta terus bangun dan menentang. Bagi kedua-dua reson yang diberi baik oleh penceramah atau pegawai tersebut adalah betul tiada salah nya tetapi kalu kedua-dua hendak diteruskan kita perlu mencari satu kaedah perlaksanaan yang tepat dan tersusun.

Dengan pemberian subsidi,
Berapa banyakkahsubsidi yang dikeluarkan kerajaan untuk rakyat Malaysia ? tujuan sebenarnya subsidi adalah ingin mengurangkan beban rakyat Malaysia dan memberi / menyalurkan bantuan kepada rakyat miskin, betul atau tidak? Subsidi minyak dikatakan mencecah berpuluh bilion ringgit setahun, subsidi gula, tepung dan lain juga berbilion ringgit. Kalau kedua dua suabsidi ini ditarik balik sudah tentu harga barang tersebut akan naik, ini akan membebankan rakyat terutama rakyat miskin.

Cuba kita fikirkan sedalam-dalamnya isu ini. Cuba fikirkan berapa banyakkah keluarga miskin? Rakyat malaysia adalah 23 juta orang dan dikatakan kemiskinan tegar adalah 5 % in bermakna lebih kurang 2 000 000. Kalau satu keluarga purata 6 orang bermakna lebih kurang 300 000 yang di kategorikan sebagai miskin tegar. Persoalan aku berapa banyakkah dari nila sabsidi tersebut yang dikatakan mencecah 3 bilion tersebut sampai kepada keluarga miskin ini? Rata-rata mereka ini tidak mempunyai kereta 3-4 buah paling kuat pun motosikal jadi berapa banyak dari subsidi tu yang mereka rasa? berpa banyakkah yang mereka guna minyak setahun dan berapa banyak yang merka beli gula atau tepung?

Yang pastinya subsidi tersebut sebenarnya menguntungkan kepada mereka yang kaya dan penjenayah yang sering menyeludup keluarsubsidi tersebut. Jadi kita akan kerugian dan matlamat sebenar pemberian subsidi juga tidak kesamapaian. Adakah kamu mahu wang yang patut kita gunakan untukk rakyat akhirnya lesap begitu sahaja. Berapa ramaikah mereka yang miskin kini akan terus menjadi miskin walaupun kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk di beri samarata ?

Kalau ditarik kembali pemberian Subsidi
Yang pertama impaknya, harga barang akan naik. Orang kaya atau berpendapatan sederhana mungkin akan melompat kerana harga minyak naik tapi orang miskin tidak kan merasakan secara terus tetapi Harga barang dinaikkan disebabkan kos penghantaran barangan dinaikan semua rakyat akan merasakannya lebih lagi yang miskin. Tapi masa ini semua akantidak merasakan kekayaan negara betul tak pada peringkat ini boleh ikatakan sama adil miskin dan kaya tidak akan merasakan apa-apa kekayaan negara.

Tapi kelebihanya.. Orang asing, pendatang serta penyeludup tidak akan mengambil kesempatan keatas barangan bersabsidi dan negara tidak rugi, kita tidak akan rugi. Kau orang mungkin tidak setuju kerana harga barang akan naik 200% inflasi mungkin naik berpuluh- puluh kali ganda..

Aku ni matematikni kurang bagus sikit, cuba korang bahagikan jumlah subsidi yang di selamatkan dibahagikan dengan bilangan raktay Malaysia seorang akan dapat berapa? Kalau tak salah aku kerajaan tidak mengeluarkan subsidi dan sebaliknya di berikanbantuan kepada semua rakyat,rrakyat Malaysia boleh mendapat bantuan bulanan RM 1000.00 sebulan. Tapi tidak semestinya nilai tersebut di berikan kepada rakyat kerajaan boleh mengagihkan kepada rakyat mengikut pendapatan masing-masing, selebihnya boleh digunakan untuk pembanggunan negara.

Benda ni sebenarnya sudah dipraktikan seluruh dunia tapi terpulanglah. Bagi aku kalau kerajaan nak tarik sabsidi aku akan setuju dengan syarat kerajaan dapat mengagihkan wang tersebut dengan adil bagi meringankan beban rakyat.
Yang kaya tu inilah masa nya korang bantu orang miskin yang selama ini
korang ambil haknya...

Tiada ulasan: