Isnin, Ogos 10, 2009

Government Pollicy in the Making?

Lets try writting in english


PM ask goverment officer to improved thier english.. well thats my problem not even like this english thing.. how ever lets try

Im adore our previous Tun DR. Mahathir the way he thinks and the way he created the overall Malaysian policy, By reading the wawasan 2020 you can understand the writter is well studied person. No body may think like him every thing is explained briefly although its not under his duty. Hecan wrote from economic, sosial saince and technology. ...
fuh tergeliat lak aku nak menulis ... tukar bahasa melayulah


Sebelum ini aku juga ada menulis berkaitan polisi kerajaan yang menjadi persoalannya siapakah yang membuat polisi, samada pollitician atau technical experts. Sekiranya politician yang mengariskan polisi tersebut adakah ianya mendapatkan maklumat yang tepat dari bahagian yang terlibat. Sebaliknya, sekiranya ianya dicadangkan oleh bahagian teknikal .. adakah politician akan faham sebenar-benarnya apa yang dimaksudkan.

Terima kasih kepada Kerajaan kerana membenarkan aku menghadiri kursus di Jepun dan aku ada mempelajari sedikit tentang kaedah yang digunapakai disana. Jepun sebuah negara maju dan berpuluh kali ganda dalam kontek keluasan serta bilangan rakyatnya jika dibandingkan dengan Negara kita. Tetapi Jepun hanya ada 9 buah kementerian untuk mentadbir negara tersebut.

Aku berpeluang untuk bertanya kepada penceramah How you manage your contry like that? Jawabnya.. dulu Jepun pernah mempunyai 23 buah kementerian tetapi mendapati ianya amat sukar kerana lebih banyak kementerian menimbulkan lebih banyak pertindahan kuasa dan tugas menyebabkan pentadbiran menjadi kucar kacir (caca-marba). Dengan kaedah ini juga Jepun juga lebih mudah membuat polisi serta memudahkan tugas penyelarasan serta perlaksanaannya.

Sistem pentadbirannya juga berbeza dan Malaysia mungkin tidak mampu mengekori jejak Jepun kerana di Jepun hanya ada dua parti sahaja jadi isu perkongsian antara parti komponent tidak timbul. Kerajaan persekutuan sebenarnya bertugas memabangunkan negara dengan mengujudkan polisi-polisi berkaitan pembangguan yang menjadi hala tuju pembanggunan negara (aa-ala wawasan 2020)
aku lihat Jepun sebenarnya mencuri idea Malaysia iaitu idea TUN yang memperincikan langkah pembanggunan dengan jelas dan tertib serta menyeluruh


Polisi tersebut akan digariskan setiap 5 tahun dan ianya adalah wajib dilaksanakan. Polisi yang di gubal menjadi undang undang dan setiap province (wilayah) wajib mematuhinya dan menjalankanapa yang diamanakan dalam polisi tersebut. Ketua dalam setiap wilayah adalah wajib untuk menyimpas semua rekod berkaita perlaksanaan dan datanya akan dikaji semula bagi tujuan penambah baikan setiap 5 tahun.

Kejayaan Jepun mungkin boleh dikatakan berlandaskan kepada faktor berikut:
1. Sistem politik
2. Polisi yang sentiasa dikaji dan diperbaiki (bukan setakat diperbaharui)
3. Data yang tepat dan lengkap
4. Tanggungjawab, kerja sama, objektif serta peruntukan kewangan.

Malaysia juga semakin maju dan mungkin perlu mengkaji semula kejayaan sistem pentadbiran JEPUN dmungkin boleh mencedok sedikit kaedah yang digunakan. Wawasan 2020 aku rasa dah di terangkan dan di tulis 10 tahun lalu tapi bagaimana keberkesanan, kejayaan dan langkah pembaikan tidak dijelaskan. Aku takut "setiap kali air bah setiap kali pantai berubah

Tiada ulasan: