Ahad, Ogos 16, 2009

Kelayakan ke? atau Hak? Anugerah ke?

Aku tidak minta sesiapa mengiktirafkan aku sebagai seorang pegawai yang cemerlang kerana aku tahu, bukan mudah mengenal sebiji permata di dalam ratusan serpihan kaca dan hanya Jauhari yang mengenali Manikam. Aku tak kisah kalau orang tak mengiktiraf aku sebagai pegawai cemerlang. Apa-apapun permata akan terus berkilau kalau dijaga tapi kaca tidak mungkin kalau aku di anugerah sedemikian dhi performance tak baik teruk jugak kan. Kita tetap akan tahu siapa kaca , siapa permata yang sebenarnya. Yang aku minta hanya HAK aku, tak perlulah naik ke pentas atau diraikan kerana cukuplah kalau tuan bagikan hak aku... yang cemerlang tu biarlah dianugerahkan kepada sesiapa yang tuan suka atau mahu


Aku rasa ungkapan ini yang hendak aku katakan kepada pengarah pentadbiran Jabatan aku. Aku sangat-sangat letih dengan apa yang ditadbirkan dan keputusannya diambil. Dalam blog aku yang terdahulu aku ada ceritakan perihal kenaikan pangkat aku. Aku diberi pemangkuan jawatan baru (32)dalam surat katanya tempoh hanya 6 bulan selang beberapa hari aku dapat keputusan PTK aras 4 ini bermaksud aku layak untuk diberikan pergerakkan gaji, jadi ini mungkin rezki aku datang dua.. dalam satu masa aku bersyukur sangat.

Setelah 6 bulan aku tak dapat keputusan pengesahan Jawatan aku lalu aku 'call' lah tu. Aku bercakap bahagian sevice katanya dia sibuk sangat, terlalu banyak kerja tak sempat nak pnggil meeting. Aku ingin menyahut cabaran PM untuk terus memajukan diri jadi aku mohon untuk menghadiri PTK 32 semoga bila aku confirm aku boleh sekali lagi di nilaikan untuk pergerakkan gaji.

Tapi sayang dan terkejut nama aku tidak disenarai sebagai calon lalu aku call lagi HQ.... jawapanya aku tak boleh ambil PTK 32 sebab tak confirm. Aku lawan balik kata aku tempoh yang dinyatakan dalam sutar pencalonan tempoh 6 bulan sekarang dah lebih patutnya saya dah confirmlah... sekali lagi dia jawab syarat kena confirm. Okey dah tak boleh Aku kataktulah masuk dalam calon TK2 (27) sebab aku dah lulus TK1 dia jawab lagi tak layak sebab pergerakan gaji TK1 belum ada. Tahu sakit hati aku masa tu... okeylah aku akur menunggu.

Akhirnya aku confirm selepas 16 bulan dan terlepas 2 PTK yang bestnya dia back dated jawatan tu dari hari aku mula memangku. Aku juga tidak dapat pergerakan gaji untuk TK1 sebab prestasi aku tak capai tahap dan aku juga tidak dapat membuat sebarang rayuan. Yang pasti kalau aku merayupun pasti akan dianggap sebagi derhaka dan banyaklah hal yang aku akan hadapi. Kau tengok berapa rugi aku...? Baru semalam aku dapat email katanya sekarang pegawai dalam pemangkuan boleh menghadiri peperiksaan PTK jawatan yang di pangku... aik dulu tak boleh...

PELIK AKU KENAPA BOLEH BERUBAH? APA PUNYA PESEN PENTADBIRAN NI? AKU CHECKLAH KAT HQ GENG AKU DAN AKU DAPAT TAHU RUPANYA TIADA LAGI PEGAWAI DIBAWAH (38) BERSTATUS MEMANGKU CUMA ADA (44) KE ATAS.... KORANG NAMPAK APA RASIONALNYA?

Tiada ulasan: