Ahad, Ogos 02, 2009

Kaedah Kaurantin Selsema Babi

Hari ni dilaporkan kes kematian ke6 berlaku yang disebabkan oleh virus H1N1 di negeri Johor ini menunjukkan wabak tersebut telah merebak dan munkin boleh dikatakan ditahap membimbangkan. Sebab semasa aku belajar dulu , sekiranya wabak telah menyebabkan kematian, peringkat ini akan dianggap sebagai membimbangkan.

Apa yang ingin aku coretkan adalah pengalaman aku semasa di Pulau Pinang, satu masa dulu sewaktu diserang wabak JE. Aku telah menaggotai JK yang ditubuh mengawalselia wabak di peringkat daerah (taklah besar sangat). Semasa perbentangan kertas tindakan, seorang pegawai memaklumkan penyakit/ virus tersebut telah dikesan 5-6 bulan lebih awal sebelum wabak berlaku dan kes pertama jangkitan pada manusia telah dikesan 3 bulan sebelum wabak di ishtiharkan. Semasa perbentangan tersebut juga aku dapati pihak yang membentangkan kertas tersebut belum cukup pengalaman serta belum bersedia menangani wabak tersebut. Oleh kerana masa itu Jawatan aku adalah rendah berbanding pegawai lain aku tak berani untuk mempersoalkan kaedah yang dicadangkan. Walau bagaimanapun aku ada mempersoalkan kaedah pelupusan babi yang dicadangkan kerana ianya benar berada dibawah pegawasan Jabatan aku.

Pihak betanggungjawab mencadangkan kaedah bunuh dan bakar di satu kawasan, dimana lubang besar dikorek dan semua babi akan dilepaskan ke dalam lubang kemudian ditembak. Selepas mati bangkai babi itu akan dilapisi dengan kayu dan dibakar. Aku mempersoalkan kepada yang berwajib, sekiranya berlaku hujan apakah tindakan selanjutnya? dan dengan kuantiti ribuan ekor babi bolehkan dipastikan semuanya terbakar? Jawapan yang aku terima... "sekiranya berlaku masalah kita akan fikirkan kemudian..."

Sekarang berlaku sekali lagi, wabak selsema babi dah hampir 2 bulan sejak pertama kali di kesan di negara barat. Dalam masa negara luar sedang sibuk mencari lagkah kawalan, Kita masih ... "dlm peringkat terkawal". Dua minggu lalu sebuah sekolah di Sarawak, 15 pelajarnya dikesan positif H1N1 tetapi yang aku hairan sekolah ditutup dan pelajar lain diarah pulang kemudian aku terbaca juga di Maktab perguruan dan UITM juga dikesan dan pelajar diarah pulang dan 'sekolah' juga ditutup.

Ini bukan kaedah sebenar yang patut di jalankan. Sepatutnya bagi tujuan kawalan sekiranya satu kes dikesan dikawasan tertentu, keseluruhan kawasan terpaksa dikaurantin. Melepaskan mereka pada masa yang sama sebenarnya memberi risiko merebak kerana virus biasanya akan 'membiak' didalam 'perumah' dalam tempoh 48 jam -7 hari, selepas masa inkubasi tersebut baru mangsa akan menunjukkan simtom penyakit. Pembawa virus mungkin nampak sihat dan pada masa yang sama sekiranya dibenarkan bebas akan menyebabkan penyebaran tanpa tiketahui. .

Dalam hal ini mungkin Kerajaan tidak boleh dipersalahkan secara 100 % tetapi sebenarnya sikap individu itu merupakan penyebabnya. Setiap individu dari peringkat tertinggi sehingga peringkat yang paling rendah. Sikap yang penting diri sendiri, sikap tidak mahu bertanggungjawab, sikap yang degil dan perasaan simpati. Mahu bersikap tegas tetapi ada yang akan memberontak, ingin memberi arahan ada yang tidak mahu bertanggung jawab dan sikap.. "sekiranya berlaku masalah kita akan fikirkan kemudian..."


Walau bagaimanapun sebagai rakyat aku rasa kerajaan patut tegas:
Sikap lebih tegas bagi mengarahkan langkah kawalan yang sesuai.
Menyediakan plan tindakkan yang lebih terperinci dan terang.
Membentuk Jawatan kuasa menangani gejala diperingkat wal wabak dikesan sebelum ia merebak ke peringkat yang lebih teruk.

Tiada ulasan: