Sebenarnya aku sendiri tidak berapa faham tentang sistem pengurusan Jabatan-Jabatan Awam. Terlalu banyak Jabatan sehingga kita sendiri tidak berapa af tentang fungsi dan tugas sebenar Jabatan-Jabatan yang ada. Ada suruhanjaya, ada Jabatan, ada Pejabat, ada GLC dan banyak lagi. Pening gak oiii..
Tapi aku cuma nak komen sedikit dalam pengurusan sumber manusia (mungkin hanya terpakai di Jabatan Aku sahaja) yang aksa sedikit pincang dan terbabas dari landasan MODEN MANAGEMENT. Aku tak tau dimana kepincangan ini berlaku samada di Pejabat atau Jabatan atau mungkin juga di JPA atau SPA entahlah sebab aku bukan di 'level' Pengurusan.
Kalau kita baca hampir semua buku pengurusan ada menyatakan benda yang hampir sama iaitu pemgurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan sesuatu organisasi itu dapat bergerak dengan sempurna. Antara pekara yang penting dalam pengurusan sumber manusia adalah:
Carta organisasi
Nama Jawatan
Pemberian tanggung jawab (specifikasi tugas)
Gaji / Upah
Kenaikan pangkat
Latihan
Perihal gaji dan nama jawatan mungkin tidak dapat aku bincangkan disini tetapi aku cuma ingin komen kepada 3 pekara yang lain tu.
Carta organisasi- sebenarnya menunjukkan aliran komunikasi di dalam Jabatan dan juga menunjukkan bidang tugas serta kedudukan seseorang pegawai. Ianya melambangkan kekuatan sesuatu organisasi dan memudahkan pengagihan beban tugas. Sepatutnya, satu organisasi atau carta ini perlu disedia mengikut keperluan dan beban tugas sesuatu organisasi dan seimbang di kiri atau kanan seorang pengurus/ketua.
Spesipikasi tugas - perlu dibahagi seadil mungkin mengikut lavel pada carta organisasi serta mengikut kumpulan. Pembahgian tugas biasanya merujuk kepada objektif pembentukan sesuatu organisasi dan polici yag ditentukan. Pengagihan tugas yang tidak sama akan menyebabkan organisasi itu kelihatan senget atau berat sebelah.
Kenaikan pangkat - Ini biasanya kurang enak dikatakan dan amat sukar diulas dalam perkhidmatan awam. Tetapi pakar pengurusan mengariskan kenaikan panngkat ini sebearnya satu sikologi motivasion untuk kakitangan terus menunjukkan kecemerlangan dan menyebabkan penghasilan out put yang lebih baik.
Baru-baru ini Jabatan aku diberi peluang untuk membesarkan organisasi. Wah gembiranya kami yang berada diperingkat sokongan kerana ini mungkin memberi peluang kepada kami untuk mendapat kenaikan dan ramai menunjukkan semangat untuk memajukan diri kami. Tapi ianya menadi impian yang tak kesampaian. Jabatan hanya membesarkan Jawatan diatas dan semua yang di peringkat 41 dan ke atas sedangkan dibawah hanya sedikit sahaja berubah. Struktur menjadi seperti 'diamond' dan bukan lagi piramid.
Disebabkan perubahan itu lebih ramai 41 di ambil dendirinya 51 dinaikkan ke JUSA. Aku dengar ada pegawai 41 dinaikan ke 48 dan sebagainya dan mendapat back dated sehingga berpuluh ribu ringgit. Ada juga yang baru bertugas 5 tahun juga dinaikan pangkat dan ada yang kurang 3 tahun juga mendapat kenaikan tersebut.
Sedanagkan masa itu kdi peringkat sokongan masih memerhati dengan harapan yang diatas memberi sedikit durian runtuh tbut kepada kami tapi mimpi tinggal mimpi. Dalam ratusan pegawai 27 hanya, 2-4 orang sahaja yang mendapat kenaikan ke 41 dari puluhan jawatan yang diujudkan melalui KPSL. Jawatan 32 dan 38 hanya diisi selapas 5 tahun program tersebut dan tiada back dated pun...
Gaji memang penting tapi bagi akku yang utama adalah isu pembahagian kuasa dan tugas. 5 tahun struktur tidak stabil dan pemberian tugas yang tak seimbang menyebabkan Jabatan terumbang ambing dan buktinya dalam masa itu juga berlaku kecaman yangbetubi-tubi terhadap Jabatan aku di media masa. Pihak pengurusan menghentam kami dibawah kerana tidak membuat tugas dengan sempurna tapi:
1) Mereka yang membuat susun atur yang tidak sempurna.
2) Mereka juga tidak memberi peluan pegawai lama untuk dinaikan pangkat dan mengambil pegawai baru yang kurang berpengalam dengan alasan pegawai 27 (diistilah pegawai lama) sering membawa masalah.
3) Bila kemasukkan pegawai 41 baru kami pegawai(27) diarah untuk melatih mereka sedangkan kami tidak ayak untuk jawatan tersebut.
4) Proses kenaikan pegawai 27 kepada pangkat 32 dan 38 makan masa hampi5 tahun menyebabkan jawatan tersebut kosong dan tidak dipegang.
Persoalan aku:
1) Kenapa harus bersikap zalim kepada orang berkhidmat kepada kita?
2) Kenapa harus diisi pegawai 41 terlebih dahulu dari peringkat sokongan, bukankah kami yang menjadi'front officer' yang memikul tanggung jawab jabatan patut jawatan ini perlu di terlebih dahulu kalau pejabat mementingkan produktif. Dan apa yang terjadi seolah-olah jabatan melakukan semata mementingkan poket sendiri, poket mereka yang diatas.
3) Salahkah untuk memeberi peluang pegawai yang berkelulusan diploma memegang jawatan lebih tinggi spt 41 sedang pengalaman setengah pegawai 27 tu menjangkau 20 tahun?
4) Apakah rasionalnya masa tu kami dikatakan tidak layak memegang jawatan 41 dan sebaliknya diarah mengajar pegawai 41 yang baru masuk
dan persoalan terakhir...
Salahkan kami untuk memberontak sedikit bagi menunjukkan sedikit kepincangan pengurusan itu menyebabkan akibat yang ketara. Salahkah kami secara beramai-ramai ingin meninggalkan Jabatan ke Jabatan alin sekiranya jasa dan apa kami didalam Jabatan sendiri tidak pernah diiktiraf oleh Jabatan sendiri. APAKAH SALAH KAMI SEHINGGA JABATAN BERLAKU ZALIM KEPADA KAMI? Semoga allah memablas apa sahaja yang kamu lakukan..
.